Asam Pedas Untuk Dia Full Episod







Asam Pedas Untuk Dia di Slot Dahlia TV3. Setiap hari Sabtu dan Ahad jam 7 malam. Lakonan Dayana Roza, Shukri Yahaya, Adella Aryana, Juli Farhana Marin, Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman. Arahan Feroz Kader, terbitan Frontrow Pictures

Sinopsis Asam Pedas Untuk Dia

Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.

Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya

Tonton online Asam Pedas Untuk Dia

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7
Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14
Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21
Episod 22 Episod 23 Episod 24

Suami Sebelah Rumah Full Episod


Tajuk Drama

Suami Sebelah Rumah

Channel : TV3
Slot : Iris
Mula Tayangan : 2 Mac 2015
Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 6.30 mlm]
Jumlah Episode : 20
Novel Suami Sebelah Rumah
Barisan Pelakon : Ayda Jebat, Izzue Islam, Zulin Aziz, Sheery Alhadad, Hanna Aqella, Ben Amirr

Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah

Ayda Jebat yang memegang watak sebagi Eryna terpaksa melamar Amar untuk menjadi suaminya apabila tunangnya, Azlan lakonan Nazrief Nazri meminta pertunangan mereka diputuskan pada hari pernikahan mereka.

Amar, lakonan Izzue Islam yang ternyata mencintai Eryna sedari kecil menerima permintaan Eryna dengan seikhlas hati. Tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing Eryna memaksa Amar untuk tinggal berasingan setelah mereka berpindah ke Kuala Lumpur.

Amar akur dengan kehendak Eryna yang masih lagi belum bersedia untuk membuka pintu hati untuknya. Amar tekad untuk berusaha memikat hati Eryna dan cara terbaik ialah dengan menjadi suami sebelah rumah Eryna!

Kehadiran Amar menceriakan Iman dan Anis, teman serumah Eryna. Eryna sedaya upaya cuba merahsiakan tentang suaminya, yang kini tinggal bersebelahan dengannya.
Keadaan menjadi kalut apabila teman serumah Eryna iaitu Anis jatuh hati dengan Amar. Walaupun Eryna pernah menyatakan yang dia tidak akan pernah suka atau jatuh cinta dengan Amar, kesungguhan Amar sedikit sebanyak berjaya mengetuk pintu hatinya namun dia cuba menafikan.
Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya? Adakah Eryna masih lagi jual mahal dengan suami sebelah rumahnya itu?

Tonton online Suami Sebelah Rumah

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7
Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14
Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20